Subsidiari Favelle Favco antara 15 defendan dalam saman AS$52.5 juta berhubung insiden kren tumbang di New York

WorldBusiness & Finance
29 Jul 2026 • 8:30 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Subsidiari Favelle Favco antara 15 defendan dalam saman AS$52.5 juta berhubung insiden kren tumbang di New York Image from: Subsidiari Favelle Favco antara 15 defendan dalam saman AS$52.5 juta berhubung insiden kren tumbang di New York johardy29/07/2026 - 08:30 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Julai - Favelle Favco Berhad memaklumkan subsidiari milik penuhnya di Amerika Syarikat, Favelle Favco Cranes (USA) Inc (FFC USA) dinamakan sebagai satu daripada 15 defendan dalam saman yang difailkan di New York, yang menuntut ganti rugi sebanyak AS$52.5 juta (RM214.8 juta) berhubung insiden kren tumbang yang mendapat perhatian meluas pada Julai 2023.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pengeluar kren itu berkata FFC USA telah diserahkan writ saman pada 23 Julai 2026 dalam tindakan undang-undang yang dibawa oleh syarikat insurans Employers Insurance Company of Wausau selepas syarikat itu membayar pampasan kepada 555 Tenth Avenue Leasehold Condominium bagi kerugian yang berpunca daripada insiden tersebut.

 

Tuntutan itu berkaitan kerugian akibat kejadian kren tumbang di Midtown Manhattan pada 26 Julai 2023, apabila boom sebuah kren setinggi 45 tingkat yang membawa 16 tan konkrit menghempap sebuah bangunan berhampiran sebelum terhempas ke jalan raya.

 

Favelle Favco berkata peranan FFC USA hanya terhad kepada membekalkan kren berkenaan dan syarikat itu mahupun subsidiarinya di AS tidak memiliki, mengendalikan atau menyelenggara kren tersebut ketika insiden berlaku.


 

solar

 


Siasatan Bebas Rasmi

Tambahnya, siasatan bebas rasmi tidak mengaitkan insiden itu dengan sebarang kecacatan pembuatan dan syarikat percaya ia mempunyai asas yang kukuh untuk mempertahankan tuntutan berkenaan.

 

Favelle Favco berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada syarikat insuransnya dan akan mengambil semua langkah yang perlu bagi mempertahankan prosiding tersebut dengan bersungguh-sungguh.

 

Saham Favelle Favco susut sedikit pada Selasa kepada RM1.73 sesaham, sekali gus meletakkan nilai pasaran syarikat itu pada RM411.3 juta. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved