Sudah banyak masa terluang, Nik Nazmi ajak Rafizi joging kecilkan perut

LocalHealth & Fitness
12 Jun 2025 • 12:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Disebabkan sudah banyak masa terluang, bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad kembali aktif bersenam apabila memuat naik gambar berpakaian sukan.

image is not available

Nik Nazmi ajak Rafizi berjoging

Menerusi perkongsian di Instagram, beliau secara berseloroh mengajak rakan sejawatnya, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk sama-sama menyertainya berjoging bagi mengecilkan perut.

“Dah banyak masa ni jom misi jogging kecilkan perut,” tulisnya ringkas.

image is not available

Nik Nazmi beritahu beliau dan Rafizi perlu bersenam

Ujarnya, beliau sengaja ‘menyeru’ bekas Menteri Ekonomi itu memandangkan mereka sama-sama memerlukan senaman ketika ini.

image is not available

Ramai ajak joging sama

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Setiawangsa itu untuk kembali benjalani kehidupan yang sihat.

image is not available

Kempiskan sikit lagi perut tu YB

image is not available

Ajak KJ juga kalau boleh

image is not available

Sekadar info, Nik Nazmi telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada 17 Jun lalu.

Hal ini susulan kekalahan beliau dalam pemilihan Naib Presiden PKR. Beliau juga tewas kepada Datuk Afdlin Shauki dalam pemilihan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa sebulan sebelum itu.

Sumber: Instagram niknazminikahmad