Sudah Bergelar Dewasa, Wajah Tampan Junwoo ‘The Return Of Superman’ Raih Perhatian Ramai

15 Jan 2024 • 2:37 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siapa yang menonton musim pertama “The Return Of Superman” mesti kenal akan keluarga kepada pelakon Jang Hyun-sung.

Pada 2013, pelakon tersebut telah muncul di dalam rancangan hiburan itu bersama dua anak lelakinya Jun-woo dan Jun-seo.

Jun-woo secara khususnya telah menarik perhatian ramai kerana penampilan comelnya sebagai seorang kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, peminat mula menyedari bahawa Jun-woo yang comel pada ketika dulu sudah pun bergelar dewasa dan bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-21 pada Julai 2024.

image is not available

Selepas keluarga itu meninggalkan rancangan tersebut pada 2014, Jun-woo mula menyepi dan kembali kepada kehidupan biasanya.

Namun, ketika dia membuat penampilan di dalam rancangan “House of Detox” pada tahun 2020, ramai yang terkejut selepas melihat penampilan dirinya yang sudah pun meningkat dewasa.

image is not available

Antara komen netizen mengenai penampilan Jun-woo adalah,

Masa berlalu dengan sangat cepat.

 

Wow! Saya masih tak boleh percaya.

 

Dia membesar dengan baik!

 

Kacaknya?

 

Sekarang dia lagi tinggi dari ayahnya..

 

Biar betul?

Sementara itu, kini Jun-woo yang sudah dewasa telah menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan muzik dan mempunyai akaun Instagram peribadinya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 장준우 (@jw_hrpt16)

Macam tak percaya kan yang Jun-woo dah dewasa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.