Sudah Empat Tahun Jalin Hubungan Cinta, Giorgia Andriani Dan Arbaaz Khan Belum Sedia Berkahwin 

Entertainment
29 Nov 2022 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Arbaaz Khan dan Giorgia Andriani - Gambar Instagram Giorgia Andriani

Sudah empat tahun, Giorgia Andriani dan Arbaaz Khan yang jugak adik kepada aktor Salman Khan menjalinkan hubungan cinta selepas bercerai dengan bekas isterinya, Malaika Arora. 

Kini, ramai tertanya-tanya bila Giorgia dan Arbaaz yang sering menghabiskan waktu kualiti mereka bersama akan berkahwin, apatah lagi ada ura-ura mengatakan mereka akan membawa hubungan mereka ke fasa yang seterusnya. 

Namun, Giorgia dalam satu temubual bersama Hungama memberitahu bahawa saat ini, mereka tidak punya perancangan untuk mendirikan rumahtangga. Bahkan, pelakon baharu yang jelita ini memberitahu bahawa hubungan mereka juga sudah mula berubah sewaktu pandemik dan PKP. 

Kata Giorgia, dia sudah banyak kali bertemu dengan Malaika dan keluarga Arbaaz dan mengakui dia dengan Arbaaz hanya kawan baik dan belum sedia untuk berkahwin lagi. 

“Seperti yang saya katakan, kami memang berkawan baik. Tapi, untuk berkahwin, jujurnya, itu bukan yang kami inginkan. 

“PKP membuatkan kami berfikir kembali. Ia bukan sahaj merapatkan orang tetapi juga menjauhkan mereka,” katanya. 

Hubungan Giorgia dan Arbaaz seringkali menjadi perbualan disebabkan jarak usia mereka yang berbeza sebanyak 20 tahun lebih. 

Sebelum ini, Aarbaz juga dilaporkan pernah memberitahu bahawa dia dan Giorgia masih belum terfikir untuk berkahwin. 

Menurut Arbaaz lagi, saat ini mereka dalam fasa untuk memikirkan bagaimana mereka mahu membawa hubungan mereka itu pergi dengan lebih jauh lagi. 

Giorgia mula membuat debut lakonannya menerusi filem Tamil, Karoline And Kamakshi pada 2019.  Dia juga baru-baru ini telah melancarkan single baharunya, ‘Dil Jisse Zinda Hain’ bersama Gurmeet Choudhary. 

Fasih bertutur bahasa Itali, Sepanyol dan Jerman, Giorgia juga sedang belajar menguasai beberapa dialek Hindi termasuk Marathi untuk filem terbaharunya, Welcome To Bajrangpur.  Dia juga turut muncul dalam muzik video Mika Singh untuk versi lagu ‘Roop Tera Mastana’.  – Getaran, 29 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved