“Sudah Takdir, Cerita Kita Hanya Sampai Di Sini” – Pelakon Isa Khan Tidak Lagi ‘Follow’ Instagram Risteena

EntertainmentLifestyle
26 Dec 2025 • 3:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkongsian terbaharu pelakon Isa Khan di Instagram mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet apabila kapsyen yang dimuat naiknya dilihat bernada reflektif dan seolah-olah membawa maksud tersirat.

Apa yang lebih mengundang persoalan, kebelakangan ini Isa juga dilihat jarang memuat naik gambar bersama isterinya, pelakon Risteena Munim, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai status rumah tangga pasangan tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

Menerusi hantaran berkenaan, Isa tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut, sebaliknya hanya berkongsi luahan berbentuk peribadi yang mengundang pelbagai tafsiran dalam kalangan pengikutnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang meluahkan kebimbangan dan berharap rumah tangga pasangan itu berada dalam keadaan baik, manakala sebahagian lain meminta orang ramai agar tidak membuat andaian berlebihan.

Setakat ini, Isa Khan mahupun Risteena masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung spekulasi yang berlegar.

Untuk rekod, Isa dan Risteena mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2021 dan sering menjadi perhatian peminat kerana hubungan mereka yang kelihatan harmoni sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-26 11:48:07

"Ya Saya Kini Sah Bercerai Dan Dalam Tempoh Idah" - Dayana Roza

The post “Sudah Takdir, Cerita Kita Hanya Sampai Di Sini” – Pelakon Isa Khan Tidak Lagi ‘Follow’ Instagram Risteena first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.