Suhaimi Saad Meninggal Dunia

15 Nov 2023 • 8:33 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dikhabarkan telah meninggal dunia.

Perkhabaran itu disahkan oleh bekas anggota UNIC, Wan Najdi.

image is not available

Sebelum ini, Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad, 43, dimasukkan ke hospital di Johor Bahru, Johor dan ditidurkan disebabkan menghidap pneumonia.

Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.