SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan digantung tugas

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 8:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan digantung tugas

MB Ismail Lasim sahkan MMKN N9 gantung SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri, namun tegaskan pentadbiran kerajaan negeri terus berjalan seperti biasa.

SEREMBAN: Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan hari ini memutuskan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Muzalmah Mustapha Kamal berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim berkata Pegawai Kewangan Negeri Datuk Masri Razali menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga Setiausaha Kerajaan Negeri baharu dinamakan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Beliau berkata peguam bela dan peguam cara Fahmi Adilah akan bertugas memberikan nasihat perundangan sehingga Penasihat Undang-Undang baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Notis penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri ini akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Seterusnya, notis penggantungan Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Saya juga mengesahkan semua jawatan ahli MMKN adalah masih kekal dan sah. Pada masa yang sama, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali dilaporkan berkata Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan ahli MMKN berkuat kuasa serta-merta.

Namun, Ismail berkata tiada keperluan mengemukakan senarai Exco baharu kerana ahli MMKN sedia ada masih sah dan menjalankan tugas seperti biasa.

Ismail berkata beliau tidak pernah dirujuk atau pada bila-bila masa menasihati berkenaan pemberhentian mana-mana Exco Kerajaan Negeri Sembilan menurut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved