SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan digantung tugas serta-merta

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 5:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan digantung tugas serta-merta
Mohd Zafir (kiri) dan Muzalmah.

SEREMBAN - Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan mengambil ketetapan secara sebulat suara untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan(SUK) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, tindakan sama turut dikenakan kepada Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal.

Menurutnya, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Masri Razali dinamakan untuk menjalankan tugas SUK sehingga SUK baharu dinamakan oleh Ketua Setiausaha Negara.

"Tugas memberikan nasihat perundangan akan dilaksanakan oleh Fahmi Adilah yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara sehingga Penasihat Undang-Undang baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Notis penggantungan SUK akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam dann notis penggantungan Penasihat Undang-Undang akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau turut mengesahkan bahawa semua jawatan ahli MMKN adalah masih kekal dan sah.

Ujarnya, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved