Isu takhta N. 9: Orang luar, PM & AGC jangan campur -Undang Yang Empat & Tuanku Besar Tampin

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 10:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Undang Yang Empat (Undang yang dipertikai) dan Tunku Besar Tampin mengecam sebarang usaha pihak tertentu yang didakwa cuba mencabuli prerogatif serta hak perlembagaan mereka berkaitan urusan takhta Negeri Sembilan.

Kecam sebarang usaha pihak tertentu

Menerusi kenyataan bersama, mereka menegaskan kuasa memilih dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar merupakan adat prerogatif yang turut termaktub dalam Perkara 7, Perkara 10 serta Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

“Tohmahan pihak tertentu bahawa penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim serta barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) adalah satu fitnah jahat yang dirancang demi kepentingan peribadi kumpulan tertentu.
“Menteri Besar dan Exco sama sekali tidak mempunyai kuasa itu sebaliknya hanya melaksanakan tugas perlembagaan bagi mematuhi ketetapan kami selaku Undang Yang Empat di bawah Perkara 10 UUTKNS 1959, di samping memelihara kedudukan kami sebagai Raja Pemerintah negeri ini sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 28 UUTKNS 1959,” kata mereka.

Image from: Isu takhta N. 9: Orang luar, PM & AGC jangan campur -Undang Yang Empat & Tuanku Besar Tampin

Adat sudah diamalkan 500 tahun

Dalam kenyataan sama, mereka turut mengingatkan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya tidak mencampuri urusan pemerintahan Negeri Sembilan.

Katanya, tindakan yang tidak berperlembagaan sebegitu jika diteruskan merupakan satu pelanggaran sumpah Perdana Menteri di bawah Jadual Keenam, selain pecah amanah terhadap Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan.

Mereka turut menyeru semua pihak luar yang tiada kena-mengena dengan hal adat Melayu dan pemerintahan kerajaan negeri, khususnya parti politik pembangkang, supaya tidak mengambil kesempatan terhadap kemelut yang berlaku.

Tegas mereka, mandat rakyat juga tidak seharusnya diputarbelitkan sehingga membawa kepada komen yang dianggap jelek terhadap kerajaan negeri, Institusi Adat serta pemerintahan Negeri Sembilan.

“Adat yang telah diamalkan ini telah berlangsung lebih daripada 500 tahun, sudah tentulah kami selaku Raja Pemerintah dan Ketua Adat lebih memahami apa yang berlaku.
“Kami menegaskan bahawa tindakan Tunku Muhriz mengarahkan pengumuman untuk memberhentikan barisan Exco ialah salah, tidak berperlembagaan dan tiada kuat kuasa,” katanya.

Image from: Isu takhta N. 9: Orang luar, PM & AGC jangan campur -Undang Yang Empat & Tuanku Besar Tampin

Pembesar adat itu turut mendakwa tindakan berkenaan sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden Negeri Sembilan, selain didakwa sebagai cubaan menghalang Raja Pemerintah menjalankan pemerintahan.

Kenyataan tersebut hadir ketika kedudukan Tuanku Muhriz dan kesahan proklamasi berkaitan takhta Negeri Sembilan masih menjadi pertikaian antara beberapa pihak.

AGC sebelum ini menyatakan proklamasi 19 April tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS 1959, manakala pihak Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin mempertahankan kesahan proses tersebut.

Sumber: Facebook Nordanial Hamzah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved