Suka Dessert Perkenalkan ‘Tricolour Chocolate’, Harga RM60 Buat Ramai Tergamam – “Makin Menjadi-Jadi Mahal”

LocalFood
9 Jan 2025 • 10:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pemilik kedai manisan terkenal, Suka Dessert yang dikenali sebagai Aunty Jah sebelum ini sering menjadi perhatian ramai susulan harga dessert yang didakwa terlalu mahal.

Perkenalkan dessert baru ‘Tricolour Chocolate’

Selepas kes ais krim berharga RM18 yang dijual Suka Dessert sebelum ini tular, terkini Aunty Jah sekali lagi menjadi bualan ramai selepas memaklumkan kepada peminat bahawa Suka Dessert akan melancarkan dessert baru yang dipanggil sebagai Tricolour Chocolate.

Dessert terbaru ini merupakan dipping sauce di mana ia mempunyai tiga lapisan coklat yang berbeza.

Ramai terkejut bila dapat tahu harga

Namun begitu, ramai yang meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui harga Tricolour Chocolate itu mencecah hingga RM60 biarpun coklat yang digunakan oleh Aunty Jah merupakan coklat mahal dan berkualiti.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ramai juga merasakan harga tersebut tidak masuk dek akal, lagi-lagi hanyalah sekadar dipping sauce coklat.

image is not available 1 month ago

“Kita Bukan Target Market Dia..” - Suka Dessert Perkenalkan ‘3 Phase Ice Cream’, Netizen Terkejut Harga Aiskrim RM18!