Sukan Asia: Peruntukan bakal ditambah

4 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Peruntukan bakal ditambah

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, kejayaan beberapa acara sukan dalam mendapatkan pingat emas untuk kontinjen negara membuktikan persatuan masing-masing memiliki potensi untuk terus menjadi penyumbang pada temasya yang akan datang.

Menurutnya, MSN memberi jaminan akan terus memberikan sokongan penuh, termasuk mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada persatuan sukan berkenaan bagi memastikan momentum kecemerlangan itu dapat dikekalkan.

“Di peringkat MSN, kita akan terus memberi sokongan dan peruntukan tambahan kepada sukan yang berjaya menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara.

“Jangan risau, persatuan sukan yang sudah berjaya ini akan terus mendapat sokongan sepenuhnya daripada kita,” katanya.

Mengulas kejayaan melepasi sasaran kutipan pingat emas di Aichi-Nagoya, Jefri berkata pencapaian itu menjadi petanda positif menjelang misi Malaysia memburu gelaran juara keseluruhan Sukan SEA tahun depan.

Pada temasya kali ini, skuasy menjadi penyumbang terbesar dengan empat emas menerusi Ng Eain Yow dalam perseorangan lelaki, S Sivasangari dalam perseorangan wanita serta acara berpasukan lelaki dan wanita.

Bagaimanapun, Jefri berkata cabaran pada Sukan Asia 2030 di Doha, Qatar masih sukar dijangka kerana senarai sukan yang dipertandingkan belum diketahui.

Justeru, usaha mengekalkan prestasi dan mengenal pasti potensi penyumbang pingat sebagai keutamaan menjelang temasya empat tahun sekali itu.

“Kita harap sukan-sukan yang menyumbang emas pada kali ini akan terus memberikan emas kepada kontinjen negara pada temasya akan datang,” jelasnya.

The post Sukan Asia: Peruntukan bakal ditambah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved