Sukan Komanwel: Aleena-Syafiqa terlepas pingat emas

28 Jul 2026 • 7:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sukan Komanwel: Aleena-Syafiqa terlepas pingat emas

PETALING JAYA: Gandingan Aleena Ahmad Nawawi-Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman terlepas peluang menghadiahkan pingat emas selepas tewas tipis kepada pasangan England pada final acara pairs Wanita boling padang pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Scottish Event Campus (SEC), Scotland, sebentar tadi.

Pasangan negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tunduk 4-5, 5-5 kepada Amy Pharaoh and Sian Honnor dalam aksi sengit yang menyaksikan kedua-dua gandingan saling mengejar mata sehingga ke penghujung perlawanan.

Pingat gangsa menjadi milik pasangan Ireland Utara yang menewaskan pencabar mereka dalam penentuan tempat ketiga.

Terdahulu, badang negara, Muhammad Hafizuddin Roslin menghadiahkan kilauan emas keempat menerusi kategori 88 kilogram (kg) angkat berat lelaki sebentar tadi.

Untuk rekod, kontinjen negara telah menghampiri sasaran lima pingat emas, dua perak, dan empat gangsa iaitu keseluruhan sudah membawa pulang empat emas, satu perak, dan dua gangsa setakat ini.

 

The post Sukan Komanwel: Aleena-Syafiqa terlepas pingat emas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved