Sukan Komanwel: Eseme ‘raja’ pecut Komanwel

30 Jul 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Komanwel: Eseme ‘raja’ pecut Komanwel

GLASGOW – Hujan lebat yang membasahi Trek Scotstoun tidak menghalang pelari pecut Cameroon, Emmanuel Eseme untuk mencipta rekod baharu Sukan Komanwel apabila merangkul pingat emas acara 100 meter (m) lelaki, manakala Zoe Hobbs dari New Zealand mencipta sensasi dengan kemenangan mengejut dalam acara 100m wanita.

Keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang sesi malam kelmarin menjadikan permukaan trek licin dan berbahaya sehingga acara lompat tinggi wanita terpaksa ditangguhkan lebih tiga jam sebelum dapat diteruskan.

Bagaimanapun, Eseme langsung tidak terjejas dengan keadaan itu apabila melakukan pecutan emas untuk melintasi garisan penamat dengan catatan 9.83 saat (s), sekali gus memadam rekod temasya milik legenda Trinidad dan Tobago, Ato Boldon yang dilakukan pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.

Lebih mengagumkan, atlet berusia 32 tahun itu hanya mula menceburi sukan olahraga lapan tahun lalu, namun kini muncul antara pelari pecut terbaik dunia.

“Perlumbaan itu memang luar biasa. Saya sendiri terkejut dengan catatan masa yang dilakukan. Saya tidak mahu menjadikan cuaca sebagai alasan kerana semua atlet bersaing dalam keadaan yang sama. Jadi, saya tiada apa-apa untuk dirungutkan,” katanya.

Dalam saingan wanita, Hobbs mencipta kejutan apabila memenangi emas dengan catatan rekod peribadi baharu.

Pelari New Zealand itu menewaskan wakil England, Amy Hunt yang meraih perak dan Torrie Lewis dari Australia yang membawa pulang gangsa, dengan ketiga-tiga mereka mencatat masa di bawah 11 saat.

“Ia seperti mimpi menjadi kenyataan. Mencatat rekod peribadi dan memenangi pingat emas pada masa yang sama benar-benar sukar dipercayai. Saya masih perlukan sedikit masa untuk memahami apa yang telah berlaku,” kata Hobbs. -AGENSI

The post Sukan Komanwel: Eseme ‘raja’ pecut Komanwel appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved