Sukan Olimpik Paris: Cabaran Marin disekat kecederaan ACL

4 Aug 2024 • 6:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Marin berterima kasih kepada penonton ketika keluar dari gelanggang apabila terpaksa menarik diri ketika aksi separuh akhir menentang Bing Jiao berikutan kecederaan di Porte de la Chapelle Arena, Paris. Foto AFP

image is not available
Marin menahan kesakitan akibat kecederaan semasa perlawanan separuh akhir menentang Bing Jiao di Porte de la Chapelle Arena, Paris. Foto AFP

HASRAT bekas pemenang pingat emas perseorangan wanita, Carolina Marin yang hampir berjaya merampas semula kejuaraan di Sukan Olimpik Paris 2024, berakhir dengan kesedihan selepas mengalami kecederaan ketika sedang mendahului pada perlawanan separuh akhir.

Marin, pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Rio 2016 itu, tidak bertanding di Olimpik Tokyo 2020 akibat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kirinya, hanya dua tahun selepas kecederaan ACL pada lutut kanan pada 2019.

Pada perlawanan hari ini, juara dunia tiga kali (2014, 2015, 2018) itu memenangi set pertama 21-14, dan sedang mendahului ketika bertemu pemain China, He Bing Jiao 10-5, bagi menuju kemenangan di Arena Porte de La Chapelle.

Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan pada kaki kanannya, semasa melompat untuk melakukan smash.

Marin yang ketempangan, cuba untuk meneruskan perlawanan dengan memakai pelindung lutut, namun sejurus kemudian menarik diri pada kedudukan 10-8, dan terus menitiskan air mata.

Bing Jiao, pemenang pingat gangsa kejohanan dunia dua kali, akan menentang juara dunia An Se-young dari Korea Selatan, esok.

Terdahulu, Se-young yang merupakan pilihan utama, mengalahkan Gregoria Mariska Tunjung dari Indonesia 11-21, 21-13, 21-16, pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

“Saya bersedih untuk Marin. Dia telah kembali daripada kecederaan parah dua kali sebelum ini, dan berharapan untuk atasinya kali ini. Dia minta saya untuk terus berjuang,” kata Bing Jiao.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved