Sukan Olimpik Remaja Dakar: 12 atlet muda kibar cabaran negara

30 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sukan Olimpik Remaja Dakar: 12 atlet muda kibar cabaran negara

12 atlet remaja akan membara cabaran Malaysia dalam Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026 di Senegal yang berlangsung 31 Oktober-13 November ini.

Malaysia menghantar kontinjen seramai 25 orang yang diketuai oleh bekas jaguh wushu negara, Wong Wong Soon, yang akan bertindak sebagai chef-de-mission (CDM) dalam edisi keempat ini yang membabitkan penganjuran 25 sukan.

Dakar, Diamniado dan Saly menjadi lokasi pilihan dengan Stadium Olimpik Diamniadio menjadi gelanggang utama bagi saingan yang terdiri dalam kalangan atlet umur 15-17 tahun itu.

Malaysia bakal menyertai sembilan sukan membabitkan 16 acara; masing-masing dua peserta bagi olahraga, bola tampar dua dan akuatik sementara satu bagi badminton, lawan pedang, breakdrance, pelayaran, papan selaju  serta wushu.  

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, mengumumkan sasaran satu pingat untuk dibawa pulang.

"Mungkin menerusi badminton atau wushu, dan kita berharap mampu mencapai kejayaan itu," katanya ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara dua minggu lalu.

Pulangan terbaik Malaysia adalah menerusi temasya Buenos Aires lapan tahun lalu dengan membawa pulang dua emas menerusi Goh Jin Wei (badminton) dan hoki 5's lelaki.


Senarai atlet Malaysia: 


Gerfan Nigel Frank (lompat bergalah)
Zacharry Lawrence (400m lari berpagar)
Loo Cheng Feng (renang)
Shannon Tan (renang)
Lucas Lee (perseorangan badminton lelaki)
Tia Clarissa (breakdance wanita)
Goh Yu Heng (bola tampar pantai)
Ong Jing Yi (bola tampar pantai)
Nur Qalesha (lawan pedang)
Angie Tan (pelayaran)
Mahathir Nor Daniel (papan selaju)
Lim Kai Shen (wushu)

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved