Speedy Tigers mahu balas dendam

24 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Speedy Tigers mahu balas dendam

MISI menundukkan India menjadi antara cabaran utama buat skuad hoki lelaki negara apabila turun memburu keputusan lebih baik pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Punjab, India bermula 27 Oktober ini.

Cabaran itu hadir selepas skuad negara tewas 1-5 kepada India pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, awal bulan ini, sekali gus terlepas peluang meraih emas dan tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Pengurus pasukan, Datuk Najmi Razak mahu pencapaian muncul naib juara Sukan Asia dijadikan pembakar semangat untuk anak buahnya terus mengekalkan prestasi, selain menyahut cabaran untuk mencipta kejutan ke atas tuan rumah.

“Pencapaian sebagai naib juara Sukan Asia perlu menjadi pembakar semangat untuk kita meneruskan momentum kemenangan. Saya mahu pemain beraksi secara konsisten, mengekalkan prestasi terbaik dan turun dengan penuh keyakinan untuk menyahut cabaran menewaskan India di laman sendiri.

“Kita perlu membuktikan kemampuan Malaysia sebagai antara pasukan terbaik Asia dan menamatkan kejohanan ini dengan kedudukan lebih baik berbanding edisi lepas,” katanya.

Bagi merealisasikan misi itu, Speedy Tigers mengekalkan hampir keseluruhan barisan pemain yang beraksi di Aichi-Nagoya dengan Norsyafiq Sumantri menjadi satu-satunya pemain yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Malaysia yang menamatkan edisi lalu pada kedudukan lebih rendah berbanding sasaran kali ini akan bersaing dengan lima negara lain, iaitu India, Jepun, Korea Selatan, China dan Bangladesh dalam kejohanan yang berlangsung sehingga 5 November.

Skuad negara membuka kempen menentang China pada 27 Oktober, sebelum berdepan Korea Selatan (29 Oktober), Bangladesh (30 Oktober), India (1 November) dan Jepun (2 November) dalam format liga satu pusingan.

The post Speedy Tigers mahu balas dendam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved