Sukan Olimpik Remaja Dakar: Kontinjen Malaysia secara rasminya akan mulakan saingan

1 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sukan Olimpik Remaja Dakar: Kontinjen Malaysia secara rasminya akan mulakan saingan

Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026 telah berlangsung pada 31 Oktober 2026 di Abdoulaye Wade Stadium, Diamniadio dalam suasana meriah dan penuh warna-warni dengan penyertaan kontinjen daripada negara-negara yang mengambil bahagian.

Majlis berkenaan mengetengahkan elemen kebudayaan, identiti serta keunikan Senegal di samping membawa semangat Olimpik yang menekankan nilai persahabatan, kecemerlangan, perpaduan dan saling menghormati dalam kalangan atlet muda dari seluruh dunia.

Kontinjen Malaysia turut mengambil bahagian dalam acara Parade of Nations sebagai salah satu acara utama dalam Majlis Pembukaan.

Atlet wushu, Lim Kai Shen, telah diberikan penghormatan sebagai Pembawa Jalur Gemilang bagi Kontinjen Malaysia, manakala atlet renang, Shannon Tan, membawa tablet yang memaparkan nama “MALAYSIA” di hadapan kontinjen semasa perarakan masuk.

Perarakan Kontinjen Malaysia turut disertai oleh chef-de-mission (CDM), Wong Weng Son, pegawai sekretariat, Muhammad Muazzam Abdul Hadi dan lima orang atlet.

Majlis Pembukaan turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia ke Senegal, TYT Datuk Zainal Izran Zahari, sebagai tanda sokongan kepada Kontinjen Malaysia yang menyertai temasya kali ini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved