Sukan Para Asia di Hangzhou dapat pujian

30 Oct 2023 • 7:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

HANGZHOU: Kejayaan penganjuran temasya Sukan Para Asia Hangzhou yang berlangsung dengan cemerlang dan lancar mendapat pujian meluas.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Paralimpik Asia, Tarek Souei menyifatkan temasya itu cemerlang dalam semua aspek yang boleh menjadi penanda aras bagi penganjuran acara pertandingan pada masa hadapan.

“Bagi orang kurang upaya (OKU), kegiatan sukan dapat membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental mereka.

“Kami yakin kehidupan golongan OKU di China, bahkan seluruh Asia akan menjadi lebih indah menerusi aktiviti sukan,“ kata beliau.

Sukan Para Asia edisi keempat yang menutup tirainya pada Sabtu, disertai lebih 3,000 atlet dari 44 buah negara dan wilayah.

Temasya sukan itu turut menyaksikan sebanyak 21 rekod dunia, 72 rekod Asia dan 283 rekod Sukan Asia dipecahkan.

Kehadiran sejumlah besar sukarelawan termasuk 12,000 yang bertugas di venue pertandingan membantu memastikan temasya berkenaan berjalan lancar.

Sebilangan besar atlet turut memuji perkhidmatan yang disediakan.

Perkhidmatan yang disediakan itu merangkumi perjalanan atlet, keselamatan pertandingan, katering dan penginapan serta bantuan perubatan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved