Sukan Para Asia: Enam emas, MSN akan bedah siasat prestasi kontinjen negara

25 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sukan Para Asia: Enam emas, MSN akan bedah siasat prestasi kontinjen negara

Kontinjen Malaysia menutup kempen Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan kutipan enam pingat emas, lapan perak dan 13 gangsa untuk keseluruhan 27 pingat.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Arrifin Ghani, menyifatkan kejayaan mencapai sasaran pingat emas sebagai petanda positif, meskipun Malaysia menghantar kontinjen yang lebih kecil berbanding edisi terdahulu.

Menurutnya, atlet para negara turut mencatat pencapaian membanggakan apabila memecahkan rekod Asia dalam acara renang, berbasikal dan olahraga.

“Kami memang mengutamakan pingat emas namun tidak mengetepikan pingat perak dan pingat gangsa. Apa yang positif, kontinjen negara telah memecahkan rekod Asia menerusi acara renang, berbasikal dan olahraga. Ini merupakan satu petanda positif untuk temasya akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, MSN tidak mengetepikan hakikat bahawa sasaran keseluruhan bagi pungutan pingat perak dan gangsa masih belum dicapai.

Sehubungan itu, satu proses bedah siasat secara menyeluruh dan telus akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pencapaian kontinjen.

Penilaian itu penting untuk merangka penambahbaikan serta memastikan persiapan atlet lebih mantap menjelang kejohanan antarabangsa seterusnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved