AUG: Adeola bawa momentum emas

25 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: AUG: Adeola bawa momentum emas

KEJAYAAN meraih emas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 memberi suntikan keyakinan buat atlet karate negara, Adeola Fay Robert untuk meneruskan momentum positif menjelang penampilan sulungnya pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 Disember ini.

Adeola berkata, tumpuannya kini adalah memperkemaskan prestasi menerusi latihan berterusan, selain memperbaiki kelemahan yang masih ada bagi memastikan dirinya tampil lebih bersedia menghadapi kejohanan seterusnya.

“Selepas ini saya akan teruskan latihan juga sebab banyak perlu diperbaiki lagi, banyak saya perlu tingkatkan untuk kejohanan akan datang iaitu Sukan Universiti ASEAN,” katanya.

Lebih bermakna, AUG kali ini bakal menjadi pengalaman pertama buat atlet itu, sekali gus membuka peluang untuknya menguji kemampuan dalam kejohanan berbeza selepas mencipta kejayaan di pentas Asia.

“Ini pun first AUG saya. Jadi, saya memang akan fokus dan akan berikan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Mengulas kejayaan di Sukan Asia, Adeola mengakui pingat emas yang diraih bukan sahaja membawa kegembiraan, malah meningkatkan motivasi serta keyakinannya untuk berdepan cabaran akan datang.

“Ya, Sukan Asia ini memang selepas menang memberi lagi saya motivasi untuk pergi ke kejohanan seterusnya, memberi keyakinan untuk saya lebih yakin dan semangat lagi untuk lawan,” katanya.

Beraksi di tanah air pada AUG turut menjadi dorongan tambahan buat Adeola kerana sudah biasa dengan persekitaran latihan di Malaysia, namun beliau menegaskan fokusnya tetap kepada persediaan dan kemampuan diri sendiri.

“Lagi-lagi tanah sendiri sebab memang di sini persekitaran pun sudah tahu, sudah berlatih. Jadi, apa-apa pun lagi-lagi di tanah air, saya akan berikan yang terbaik untuk negara,” katanya.

 

The post AUG: Adeola bawa momentum emas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved