Sukan Para Asia: Tak pernah jumpa, saya terkesima -- Ziyad sambut kehebatan lawan dengan hati terbuka

23 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sukan Para Asia: Tak pernah jumpa, saya terkesima -- Ziyad sambut kehebatan lawan dengan hati terbuka

Impian kontinjen Malaysia untuk menyaksikan Ziyad Zolkefli terus pamer dominasi podium tengah berdepan rintangan apabila jaguh lontar peluru F20 negara, itu disekat dalam saingan sengit dalam Sukan Para Asia Aichi-Nagoya.

Dalam aksi final hari ini, Ziyad dicabar hebat atlet dari Arab Saudi yang tampil mempamerkan lontaran luar biasa untuk menafikan buruan pingat emas yang diletakkan di bahu pemenang pingat perak Paralimpik itu dengan catatan baharu rekod kejohanan 17.08 meter.

Meskipun terpaksa berpuas hati dengan keputusan di luar jangkaan selepas tewas di tangan pencabar dari Asia Barat itu, semangat juang tinggi yang dipamerkan Ziyad tetap wajar diberikan pujian, membuktikan saingan olahraga para kini semakin sengit dengan kemunculan bakat-bakat baharu di peringkat antarabangsa.

"Saya gagal kali ini.

"Saya sudah cuba yang terbaik tetapi kali ini tak menjadi.

"Pencabar baharu dari Arab Saudi ini saya tak pernah jumpa, sekali keluar buat saya terkejut dan terkesima.

"Kali pertama jumpa, terus di peringkat Sukan Asia memang rasa lain.

"Satu perlawanan yang baik dan saya agak sedih kerana terlepas mempertahankan pingat emas yang keempat," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved