Sukan SEA 2027: Tema, Logo & Maskot Rasmi

15 Jul 2026 • 1:52 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Tahukah anda, negara kita Malaysia akan menjadi tuan rumah buat acara Sukan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA bagi tahun 2027 nanti yang akan berlangsung pada 8 hingga 29 September 2027.

Untuk makluman, tema, logo, maskot dan acara dipertandingkan dalam Sukan SEA ini telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan.

Bagi mengetahui maklumat selanjutnya, rujuk artikel di bawah.

Apa itu Sukan SEA?

Sukan Asia Tenggara  (Sukan SEA) merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang dipertandingkan di antara 11 negara-negara Persekutuan Sukan SEA dan Timor Leste. 

Temasya ini telah bermula pada tahun 1959 dan pada ketika itu, dikenali dengan nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. 

Nama temasya ini telah ditukar menjadi Sukan SEA apabila Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina menyertai SEAGF pada tahun 1977. 

Sejak dari kemunculan pertamanya, temasya ini telah dipersetujui untuk dianjurkan secara bergilir-gilir di antara negara-negara Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF). 

Tuan Rumah & Hos Sukan SEA 2027

Untuk pengetahuan anda, kali terakhir kita menjadi tuan rumah Sukan SEA ini adalah pada tahun 2017, dan setelah 10 tahun daripada waktu tersebut, kita dipilih sekali lagi untuk menjadi tuan rumah bagi temasya sukan SEA yang ke 2027.

Peluang untuk menjadi tuan rumah bagi acara sukan SEA 2027 ini telah kita peroleh setelah Brunei menarik diri daripada menjadi tuan rumah atas faktor-faktor tertentu. Pemilihan sebagai tuan rumah yang dilakukan Persatuan Sukan SEA ini dipersetujui Jemaah Menteri selepas mengambil kira komitmen penganjuran bersama oleh tiga negeri lainnya.

Pada awalnya, tiga negeri yang bakal bekerjasama dengan Kuala Lumpur dalam menjayakan acara ini ialah Sarawak, Pulau Pinang dan Sabah. Namun begitu, negeri Sabah telah menarik diri atas beberapa faktor dan Johor telah bersetuju untuk menggantikan negeri Sabah sebagai penganjur bersama namun, negeri ini hanya akan menguruskan satu acara sukan sahaja iaitu acara bola sepak.

Majlis perasmian bagi acara Sukan SEA 2027 ini akan diadakan di Sarawak dan penutupan majlis akan dilakukan di Kuala Lumpur.

Image from: Sukan SEA 2027: Tema, Logo & Maskot Rasmi

Senarai Tuan Rumah 1959-2033

Berikut merupakan senarai tuan rumah bagi sukan SEA dari tahun 1959 sehingga tahun 2033:

TahunBandaraya Tuan Rumah
1959Bangkok
1961Yangon
1965Kuala Lumpur
1967Bangkok
1969Yangon
1971Kuala Lumpur
1973Singapura
1975Bangkok
1977Kuala Lumpur
1979Jakarta
1981Manila
1983Singapura
1985Bangkok
1987Jakarta
1989Kuala Lumpur
1991Manila
1993Singapura
1995Chiang Mai
1997Jakarta
1999Bandar Seri Begawan
2001Kuala Lumpur
2003Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh
2005Manila
2007Nakhon Ratchasima
2009Vientiane
2011Jakarta dan Palembang
2013Naypyidaw
2015Singapura
2017Kuala Lumpur
2019Filipina
2021Vietnam
2023Kemboja
2025Thailand
2027Malaysia
2029Singapura
2031Laos
2033Filipina

Penyertaan Lepas

Berikut merupakan keputusan penyertaan lepas bagi negara kita Malaysia dalam Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ini:

sukan sea 2027

Tarikh Sukan SEA 2027

Sukan SEA ini akan berlangsung pada 8 hingga 29 September 2027.

Tema Dipilih

Tema yang dipilih bagi penganjuran Sukan SEA 2027 yang bakal berlangsung tidak lama lagi adalah ‘Raikan Perpaduan.’

Rasional tema ini dipilih adalah bagi mencerminkan aspirasi Malaysia untuk menyatukan negara-negara Asia Tenggara menerusi kuasa sukan apabila menjadi tuan rumah temasya itu tahun depan.

Ia juga dipilih sebagai tunjang identiti Malaysia 2027 kerana perpaduan adalah kekuatan sebenar Malaysia dan ASEAN yang diharap mampu menyatukan rakyat serta atlet dari seluruh rantau menerusi semangat kesukanan.

Logo Rasmi

Image from: Sukan SEA 2027: Tema, Logo & Maskot Rasmi

Logo Sukan SEA ini dipilih yang merangkumi 6 elemen utama iaitu:

  • HURUF “M” : Huruf “M” menjadi asas kepada keseluruhan reka bentuk logo yang mewakili Malaysia sebagai negara tuan rumah. la mencerminkan sebuah negara yang progresif, terbuka dan bersedia mengalu- alukan seluruh komuniti ASEAN.
  • ANGKA 27 : Garisan logo membentuk angka 27, melambangkan tahun penganjuran Malaysia 2027 serta menjadikan identiti temasya ini lebih unik dan mudah diingati.
  • BENTUK ATLET : Siluet atlet yang sedang mara ke hadapan melambangkan keberanian, semangat juang, ketabahan dan keazaman untuk mencapai kecemerlangan. la turut menggambarkan bahawa atlet merupakan nadi utama kepada temasya ini.
  • BUNGA RAYA : Sebagai bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya melambangkan perpaduan, keharmonian, keberanian dan semangat kebangsaan. Kedudukannya pada logo menggambarkan Malaysia sebagai negara yang menyambut dan menyatukan komuniti ASEAN dalam suasana persahabatan dan saling menghormati.
  • WARNA JALUR GEMILANG : Penggunaan warna biru, merah kuning yang diinspirasikan daripada Jalur identiti Gemilang memperkukuhkan Malaysia sebagai negara tuan rumah. Gabungan. warna ini melambangkan perpaduan, keberanian, kemakmuran dan semangat kebangsaan yang menjadi asas kepada penganjuran 2027.
  • PECAHAN ELEMEN : Bahagian grafik logo yang terdiri daripada 11 pecahan elemen melambangkan negara anggota ASEAN yang bersatu dalam satu semangat kesukanan. Kesemua elemen ini membentuk satu identiti yang saling melengkapi, mencerminkan perpaduan, kerjasama dan aspirasi bersama untuk bergerak maju sebagai sebuah komuniti serantau.
Image from: Sukan SEA 2027: Tema, Logo & Maskot Rasmi

Maskot Rasmi

Maskot rasmi yang dikenali sebagai Tuah telah dipilih bagi mencerminkan semangat kebersamaan serta aspirasi Malaysia dalam menyatukan negara-negara ASEAN menerusi platform sukan.

Ia diinspirasikan daripada imej seorang wira moden, TUAH membawa mesej bahawa kejayaan lahir melalui usaha, disiplin, saling menghormati dan kerjasama.

TUAH juga menjadi lambang yang menyatukan rakyat Malaysia dan negara-negara ASEAN melalui persahabatan, semangat kesukanan dan kebersamaan.

Image from: Sukan SEA 2027: Tema, Logo & Maskot Rasmi

Acara Yang Dipertandingkan

Acara yang dipertandingkan akan mengikut kluster melibatkan 4 buah negeri iaitu:

i- KLUSTER SARAWAK (17 SUKAN)

Menjadi kluster utama dan lokasi upacara pembukaan dan antara sukan yang dipertandingkan:

  • Akuatik
  • Angkat Berat
  • Bola Keranjang
  • Boling
  • Boling Padang
  • Esports
  • Gimnastik
  • Golf
  • Kriket
  • Memanah
  • Menembak
  • Muay
  • Petanque
  • Skuasy
  • Taekwondo
  • Tenis
  • Wusyu

ii- KLUSTER PULAU PINANG (6 SUKAN)

  • Sepak takraw
  • Snuker & biliard
  • Judo
  • Tinju
  • Pingpong
  • Floorball

iii- KLUSTER JOHOR

  • Bola sepak

iv- KLUSTER KUALA LUMPUR (14 SUKAN)

Kuala Lumpur juga akan menjadi lokasi bagi Upacara Penutup Sukan SEA dan sukan yang dipertandingkan:

  • Badminton
  • Berbasikal (Velodrom Nasional, Nilai)
  • Bola tampar
  • Bola jaring
  • Ekuestrian
  • Hoki
  • Karate
  • Lawan pedang
  • Luncur ais
  • Olahraga
  • Pencak silat
  • Pelayaran (Pusat Operahu Layar Kebangsaan, Langkawi)
  • Ragbi
  • Ski air

Soalan Lazim

Negara manakah yang bakal menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2027 ini?

Negara yang dipilih menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA ini adalah Malaysia.

Bilakah tarikh penganjuran Sukan SEA ini akan berlangsung?

Tarikh penganjuran akan berlangsung pada 8 hingga 29 September 2027.

Apakah tema yang dipilih bagi Sukan SEA kali ini?

Tema yang dipilih adalah ‘Raikan Perpaduan’ bagi mencerminkan aspirasi Malaysia untuk menyatukan negara-negara Asia Tenggara menerusi kuasa sukan apabila menjadi tuan rumah.

Apakah nama maskot yang diperkenalkan bagi Sukan SEA ini?

Maskot rasmi yang akan digunakan adalah ‘Tuah’ bagi mencerminkan semangat kebersamaan serta aspirasi Malaysia dalam menyatukan negara-negara ASEAN menerusi platform sukan.

Dimanakah lokasi acara sukan yang akan berlangsung nanti?

Sukan SEA kali ini akan diadakan melibatkan 4 negeri iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang, dan Johor.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Sukan SEA 2027, sila layari Fecbook SEA Games Malaysia 2027.

Baca juga: Sukan Komanwel 2026 – 81 Atlet Terlibat & Jadual Perlawanan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved