Sukan SEA: Format baharu buka peluang atlet golf Malaysia buru emas di laman sendiri

24 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sukan SEA: Format baharu buka peluang atlet golf Malaysia buru emas di laman sendiri

Keputusan Persatuan Golf Malaysia (MGA) untuk tidak menyenaraikan acara individu pada Sukan SEA Malaysia 2027 dilihat mampu membuka peluang lebih cerah buat negara memburu pingat emas menerusi format pertandingan berpasukan dan campuran.

Perubahan itu menyaksikan tumpuan tidak lagi terarah kepada pencapaian pemain secara individu, sebaliknya menuntut kekuatan kolektif, strategi serta kerjasama antara pemain dalam usaha mengatasi pencabar serantau.

Presiden MGA, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, format baharu itu turut memberikan ruang kepada negara bertanding untuk menyenaraikan lebih banyak kombinasi pemain, khususnya dalam acara campuran.

“Buat pertama kali, tiada acara perseorangan dalam Sukan SEA bagi acara golf. Bagi acara campuran, negara yang bakal bertanding boleh menghantar tiga pasukan,” katanya.

Kelebihan itu berpotensi dimanfaatkan Malaysia menerusi gabungan pemain lelaki dan wanita yang mempunyai kekuatan serta keupayaan berbeza, sekali gus memberi lebih banyak pilihan taktikal kepada barisan pengurusan.

Selain aspek teknikal, format match play juga menuntut pemain mengekalkan konsistensi dan ketahanan mental kerana setiap pertembungan boleh ditentukan menerusi prestasi berpasukan, bukan semata-mata jumlah pukulan individu.

Sebagai tuan rumah, Malaysia pastinya mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk mencabar dominasi negara serantau.

Namun, peluang meraih emas tetap bergantung kepada pemilihan pemain, persiapan rapi dan kemampuan pasukan menyesuaikan diri dengan format pertandingan baharu.

Justeru, perubahan format ini bukan sekadar mengubah pendekatan Malaysia dalam acara golf, malah membuka peluang untuk membuktikan kekuatan negara menerusi semangat berpasukan di pentas Sukan SEA 2027.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved