Jelajah promosi @ Pantai Timur suntik semangat Sukan SEA, Para ASEAN 2027

23 Nov 2026 • 10:16 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jelajah promosi @ Pantai Timur suntik semangat Sukan SEA, Para ASEAN 2027

PETALING JAYA: Semangat menyemarakkan sambutan Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14, Malaysia 2027 dibawa ke Pantai Timur menerusi program Jelajah Promosi @Pantai Timur.

Siri jelajah berkenaan melibatkan beberapa lokasi terpilih di Pahang pada 20 November, Terengganu (22 November) dan berakhir di Kelantan, hari ini.

Jelajah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperluas kesedaran masyarakat mengenai penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Image from: Jelajah promosi @ Pantai Timur suntik semangat Sukan SEA, Para ASEAN 2027

Dalam masa yang sama, objektif penganjuran jelajah ialah untuk mengajak rakyat agar bersama-sama menyokong dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia sebagai tuan rumah pada 2027.

Program berkenaan turut membuka ruang kepada rakan media di ketiga-tiga negeri untuk mendapatkan maklumat, menyaksikan aktiviti promosi secara langsung serta membuat liputan bagi menyampaikan mesej dan kemeriahan jelajah kepada masyarakat setempat.

Pelbagai lokasi tumpuan awam akan menjadi persinggahan jelajah ini, termasuk kawasan rekreasi, pantai, pusat komuniti, institusi pendidikan dan lokasi ikonik yang dijangka menarik perhatian orang ramai.-UTUSAN

The post Jelajah promosi @ Pantai Timur suntik semangat Sukan SEA, Para ASEAN 2027 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved