Sukan wadah sesuai bentuk pelajar berdisiplin, sihat – Jeffrey

15 May 2025 • 12:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Garry Lewis

TAMBUNAN: Sukan adalah platform ideal untuk membentuk pelajar yang sihat dari segi fizikal dan mental, di samping memupuk disiplin dan jati diri yang kukuh, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Jeffrey Kitingan.

Berucap pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Tambunan (MSSD) Ke-57 2025, beliau menekankan kepentingan sukan dalam membentuk individu yang serba lengkap, menekankan bahawa penglibatan dalam sukan bukan sahaja mengenai kecergasan fizikal, tetapi juga membina sahsiah dan daya tahan.

“Pelaksanaan dasar ‘1 Murid 1 Sukan’ (1M1S) boleh menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar, bukan sahaja dalam bidang sukan, malah turut menyumbang kepada pembangunan modal insan berkualiti,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu di Kompleks Sukan Tambunan, Rabu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Adun Sook Datuk Ellron Angin.

Jeffrey juga berkata, acara sebegini juga mengajar pelajar nilai kerja keras, pengorbanan, dan semangat juang yang kental dalam mengejar kejayaan.

Menurutnya, acara itu juga diiktiraf sebagai platform utama untuk memupuk perpaduan, kerja berpasukan dan saling menghormati dalam kalangan pelajar pelbagai latar belakang.