SUKMA 2026: Adelia hadiahkan gangsa Masters Wanita buat kontinjen Selangor

23 Aug 2026 • 8:34 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUKMA 2026: Adelia hadiahkan gangsa Masters Wanita buat kontinjen Selangor

SHAH ALAM, 23 OGOS: Atlet Selangor, Adelia Nur Irwan Syazalee menyifatkan kejayaan meraih pingat gangsa dalam acara Tenpin Boling Masters Wanita tidak dijangka namun tetap membuatkannya berpuas hati.

Katanya, walaupun sasaran awal adalah memburu pingat emas, dia bersyukur kerana berjaya menamatkan saingan dengan membawa pulang gangsa selepas menjalani persiapan berterusan.

“Saya berpuas hati dapat gangsa, tetapi tidak dijangka. Kami semua cuba untuk mendapatkan emas, tetapi saya gembira dan bersyukur dapat meraih gangsa untuk acara tenpin boling Masters Wanita ini,” katanya.

Adelia turut mendedikasikan pingat berkenaan kepada ibu bapanya yang banyak meluangkan masa untuk menyokong perjalanan kariernya, selain jurulatih dan rakan sepasukan.

“Pingat ini saya dedikasikan kepada ibu bapa saya yang banyak meluangkan masa untuk saya, jurulatih Ayie dan rakan sepasukan yang menyokong saya dari awal.

“Pingat ini juga untuk MSN Selangor, untuk anda yang tidak putus beri sokongan,” katanya.

Dalam saingan di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid, semalam, Selangor mengumpul keseluruhan 499 jatuhan pin untuk meraih pingat gangsa dalam acara berkenaan.

Adelia muncul di tempat ketiga selepas berentap dalam pusingan perlawanan pingat gangsa menentang wakil Sarawak, Nur Fathi Fatihah Mohammaz Zakry yang mengumpul 344 jatuhan pin dalam dua perlawanan.

Kejayaan itu sekali gus menyumbang pingat gangsa buat kontinjen Selangor dan menambah koleksi pingat skuad tenpin boling pada SUKMA Selangor 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved