SUKMA 2026: Atlet judo Selangor mara ke separuh akhir 81kg

15 Aug 2026 • 12:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUKMA 2026: Atlet judo Selangor mara ke separuh akhir 81kg

SHAH ALAM, 15 OGOS: Atlet judo Selangor Muhammad Ashraf Md Khairuldin mara ke separuh akhir kategori lelaki tidak melebihi 81 kilogram (kg) pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di IDCC Shah Alam, hari ini.

Muhammad Ashraf mengesahkan kemaraan selepas menewaskan wakil Pulau Pinang Leon Lim menerusi Ippon.

Atlet Selangor itu hanya memerlukan satu minit 57 saat untuk menamatkan perlawanan sekali gus memastikan tempat dalam kelompok empat terbaik kategori berkenaan.

Kemenangan tersebut membuka peluang buat Selangor untuk meneruskan pemburuan pingat menerusi acara judo pada temasya kali ini.

Dalam perkembangan lain, atlet kategori lelaki bawah 66kg Selangor Cebastian Chee Zhen Yi turut meneruskan saingan selepas berdepan wakil Wilayah Persekutuan Low Hwa Hann.

Cebastian berjaya mengatasi lawannya menerusi Ippon dalam aksi repechage sekali gus meneruskan cabaran Selangor.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat tiga lagi atlet tuan rumah yang tersingkir pada peringkat pra-penyingkiran.

Tan Lee Heng yang beraksi dalam kategori lelaki bawah 73kg antara atlet yang terpaksa menamatkan cabaran pada peringkat berkenaan.

Turut tersingkir Tan Luo Fei Philonica dalam kategori wanita bawah 52kg dan Tan Luo Xi Shiloh bagi kategori wanita bawah 57kg.

Selangor kini meneruskan cabaran menerusi Muhammad Ashraf pada separuh akhir kategori lelaki tidak melebihi 81kg, manakala Cebastian kekal bersaing menerusi aksi repechage.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved