SUKMA 2026: Selangor pertahan emas ragbi wanita, atasi Sarawak 41-0

23 Aug 2026 • 5:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUKMA 2026: Selangor pertahan emas ragbi wanita, atasi Sarawak 41-0

KLANG, 23 OGOS: Skuad ragbi wanita Selangor berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas menewaskan Sarawak 41-0 dalam aksi final di Stadium Sultan Suleiman di sini, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor sekali lagi menundukkan lawan sama yang ditemui pada final SUKMA 2024 di Miri, sekali gus muncul juara dua edisi berturut-turut.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, skuad tuan rumah mempamerkan permainan bertenaga sejak awal meskipun berdepan cuaca panas.

Dua try yang disumbangkan Nurul Fatin Hidayah serta masing-masing satu menerusi Noor Azzuwa dan Nur Irish Qistina meletakkan Selangor di depan 22-0 pada babak pertama.

Image from: SUKMA 2026: Selangor pertahan emas ragbi wanita, atasi Sarawak 41-0
Pemain ragbi wanita Selangor menundukkan Sarawak dalam aksi final SUKMA Selangor 2026 di Stadium Sultan Suleiman, Klang. Foto FIRDAUS JOHARI/MEDIA SELANGOR

Penguasaan diteruskan selepas rehat apabila Nurul Fatin Hidayah, Nur Irish Qistina dan Putri Dulillah masing-masing menambah satu try untuk membantu pasukan mengesahkan kemenangan 41-0.

Kejayaan itu menghadiahkan satu lagi pingat emas buat kontinjen Selangor pada temasya di laman sendiri.

Sementara itu, Sabah meraih pingat gangsa selepas menewaskan Terengganu 19-5 dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Terengganu sebelum itu kehilangan tempat ke final selepas Jawatankuasa Bantahan menerima bantahan Sarawak berhubung pemain yang tidak didaftarkan, sekali gus menyaksikan Sarawak mara ke aksi penentuan emas menentang Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved