Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan

GamingSports
23 Aug 2026 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan

SHAH ALAM, 23 OGOS: Sasaran 80 pingat emas sudah digenggam, namun perjuangan Selangor belum selesai apabila kontinjen tuan rumah terus menambah kilauan pingat pada hari kedua terakhir Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Emas ke-80 hadir menerusi acara e-sukan kira-kira jam 1.20 tengah hari selepas skuad enam atlet Selangor menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Pusat Konvensyen MPAJ.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Cadence Teh Zi Qi menunjukkan pingat-pingat yang diterima ketika SUKMA 2026 di Dewan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Capai sasaran 80 pingat emas

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata pencapaian itu memenuhi sasaran ditetapkan sebelum temasya bermula, namun semua atlet perlu kekal fokus dengan kira-kira 90 acara masih berlangsung sehingga esok.

“Secara keseluruhan, kita berada pada landasan dalam memburu gelaran juara SUKMA 2026. Bagaimanapun ada 90 acara lagi sehingga esok, jadi memang kita perlukan fokus semua atlet,” katanya.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Atlet renang Selangor, Goh Li Jie beraksi dalam acara 1500 meter (m) gaya bebas wanita dan meraih pingat perak pada SUKMA Selangor 2026 di Akuatik Selangor, Shah Alam pada 23 Ogos 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Muay thai rai lima emas

Momentum Selangor terus melonjak menerusi muay thai apabila kem tuan rumah mendominasi aksi final dengan lima pingat emas, termasuk kejayaan pasangan adik-beradik Adhem Syf dan Arysh Shaddad Ubaidillah@Nasri.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Putra Abdullah Mahmoud ketika beraksi dalam kategori lelaki 60kg muay thai pada SUKMA Selangor 2026. Foto SHAMZ JOHAN/MEDIA SELANGOR

Boling padang tepati sasaran

Boling padang pula menepati sasaran dua emas menerusi Andrian Asyarani Khabini dalam perseorangan lelaki serta trio Puteri Aira Azman Shah, Nur Dina Najwa Tarmizy Abdullah dan Lia Zuleeqa Zilhan Azril dalam acara bertiga wanita.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Andrian Asyarani Khabini menghadiahkan pingat emas buat Selangor menerusi acara perseorangan lelaki boling padang pada SUKMA Selangor 2026. Foto SHAMZ JOHAN/MEDIA SELANGOR

Bola tampar hadiah emas

Keceriaan turut hadir di gelanggang bola tampar apabila skuad lelaki Selangor menewaskan Wilayah Persekutuan 3-0 dalam aksi final di Dewan Besar Tanjung MBSA.

Selangor menguasai perlawanan dengan kemenangan 25-22, 25-19 dan 25-19 untuk memastikan emas kekal milik tuan rumah.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Selangor menghadiahkan pingat emas buat skuad tuan rumah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas menewaskan Wilayah Persekutuan 3-0 dalam acara bola tampar dewan, hari ini. Foto Nadhirah Fattah

Ragbi wanita pertahan kejuaraan

Di Stadium Sultan Suleiman, skuad ragbi wanita pula mempertahankan kejuaraan selepas membelasah Sarawak 41-0, sekali gus meraih emas untuk dua edisi berturut-turut.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Aksi pemain ragbi wanita di SUKMA 2026. Foto FIRDAUS JOHARI/MEDIA SELANGOR

Cadence ungguli acara batang titian

Gimnastik artistik turut menyumbang emas menerusi Cadence Teh Zi Qi yang mengungguli acara batang titian wanita dengan 13.000 mata, manakala rakan senegeri Nicole Wong Ziyi meraih perak.

Cadence turut menambah satu gangsa dalam acara senam lantai wanita selepas mengumpul 11.333 mata.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Nicole Wong Ziyi ketika beraksi dalam acara gimnastik artistik individu batang titian wanita pada SUKMA 2026 di Dewan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Kem renang terus sumbang emas

Di Pusat Akuatik Selangor, Daniell Scott Williams memastikan kem renang terus menyumbang emas apabila menjuarai 100 meter kuak lentang lelaki dengan catatan 57.07 saat.

Yuan Yi Chong pula meraih perak 1,500 meter gaya bebas wanita dengan catatan 18:03.20, manakala Yoong Jia Jia membawa pulang gangsa dalam acara sama.

Goh Li Jie turut menyumbang perak dalam 800 meter gaya bebas lelaki selepas merekodkan 8:30.77.

Kem terjun menamatkan cabaran dengan keseluruhan tiga emas, dua perak dan empat gangsa.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Atlet renang Selangor, Daniel Scott William beraksi dalam acara 100 meter (m) gaya kuak lentang lelaki dan meraih pingat emas ketika SUKMA Selangor 2026 di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam pada 23 Ogos 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Antara pencapaian utama ialah emas Ayu Syuhaida Khairul dalam 3 meter papan anjal wanita serta Muhammad Haris Mohd Rezal yang mencuri tumpuan selepas menewaskan dua penerjun kebangsaan untuk menjuarai 1 meter papan anjal lelaki.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Ayu Syuhaida Khairul meraikan kejayaan meraih pingat emas acara 3 meter papan anjal wanita pada SUKMA Selangor 2026. Foto Facebook MSNS

Ping pong tutup saingan

Ping pong turut menutup saingan dengan satu emas dan dua perak apabila Cheah Yu Zheng mengatasi Gan Ai Lis dari Wilayah Persekutuan 4-2 dalam final perseorangan.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Atlet Selangor Lee Yong Yi dan Tey Hong Yu memenangi pingat Perak dalam acara ping pong beregu lelaki akhir SUKMA Selangor 2026 di Dewan MBDK Bandar Bukit Raja, Klang pada 23 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Atlet perseorangan wanita Selangor Cheah Yu Zheng memenangi pingat emas mengalahkan pemain Wilayah Persekutuan dalam acara akhir ping pong wanita SUKMA Selangor 2026 di Dewan MBDK Bandar Bukit Raja, Klang pada 23 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Bola sepak raih perak

Di sebalik deretan emas, skuad bola sepak Selangor terpaksa berpuas hati dengan perak selepas tewas 2-4 kepada Johor menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat 120 minit permainan.

Image from: Rangkuman SUKMA 2026: Selangor cukup 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Pemain Selangor, Rohisham Haiqal Hashim mengasak pemain Johor pada perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Stadium MBPJ pada 22 Ogos 2026. Foto BERNAMA

Setakat 9.45 malam, 23 Ogos, Selangor terus kukuh di puncak carta pingat SUKMA 2026 dengan 97 emas, 71 perak dan 69 gangsa, menjadikan keseluruhan 237 pingat.

Wilayah Persekutuan berada di tempat kedua dengan 50 emas, 49 perak dan 52 gangsa, manakala Terengganu di tangga ketiga dengan 41 emas, 44 perak dan 35 gangsa.

Sarawak dan Pulau Pinang masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima dengan 40 serta 38 emas.

Dengan kelebihan 47 emas berbanding Wilayah Persekutuan, Selangor berada dalam kedudukan sangat kukuh menjelang hari terakhir temasya.

Dengan temasya berbaki satu hari, Selangor kini meneruskan pemburuan baki pingat bagi memperkukuh kedudukan dan merealisasikan sasaran muncul juara keseluruhan SUKMA 2026.

Nicole Wong Ziyi ketika beraksi dalam acara gimnastik artistik individu batang titian wanita pada SUKMA 2026 di Dewan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved