SUKMA 2026: Selangor raih emas, gangsa 50 meter gaya kuak lentang lelaki

19 Aug 2026 • 6:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUKMA 2026: Selangor raih emas, gangsa 50 meter gaya kuak lentang lelaki

SHAH ALAM, 19 OGOS: Selangor meraih dua pingat menerusi acara renang 50 meter gaya lentang lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, hari ini.

Danial Scott Williams muncul juara selepas mencatat masa 26.81 saat untuk meraih pingat emas.

Rakan sepasukan yang bertanding dalam acara sama, Oswald Lim pula melengkapkan podium dengan meraih pingat gangsa selepas merekodkan catatan 27.21 saat.

Kejayaan itu menyaksikan Selangor menguasai dua daripada tiga kedudukan podium dalam acara berkenaan, sekali gus menambah kutipan pingat kontinjen negeri dalam saingan renang SUKMA 2026 yang berlangsung di Pusat Akuatik Selangor, hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved