
SHAH ALAM, 20 OGOS: Memasuki hari kesembilan Sukan Malaysia (SUKMA), Sarawak selaku tuan rumah kekal mengungguli carta dengan 34 emas diikuti Wilayah Persekutuan (27) dan Terengganu (12).
Selangor melonjakkan kedudukan ke tangga keempat (11 emas) berbanding ketujuh sebelum ini hasil sambaran emas menerusi atlet renang 100 meter (m) lelaki, Andrew Goh.
Turut mendapat juara, atlet olahraga 100m (Nur Afrina Batrisya Mohamad Rizal), 5,000m wanita (Esther Joy Hong Li Chen) dan karate kumite berpasukan wanita.
Hari ini, Selangor menyasar memperoleh emas dalam acara bola sepak wanita, ragbi lelaki dan wanita, angkat berat wanita, akuatik, olahraga dan badminton berpasukan campuran.
Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:
4.00 petang: Atlet Selangor, Lie Yee Teng menang pingat emas acara 100 meter lari berpagar wanita
3.27 petang: Taekwondo lelaki bawah 74kg dimenangi atlet Terengganu manakala wanita bawah 62kg dimenangi Wilayah Persekutuan
3.00 petang: Sabah menang dua emas acara sepak takraw beregu wanita dan quadrant wanita
2.45 petang: Bryan Leong Xin Ren atlet dari Wilayah Persekutuan cipta rekod baharu acara 50m gaya kuak kupu-kupu lelaki (saringan), apabila catat 24.81 saat

2.26 petang: Atlet pencak silat (seni) acara tunggal putri raih gangsa untuk Selangor
2.17 petang: Muhammad Adam Mukhirz Mohd Hafidz sumbang perak ke-28 Selangor menerusi acara angkat berat tidak melebihi 67kg lelaki
2.05 petang: Selangor berjaya menambah dua emas, tiga perak dan tiga gangsa untuk berada di tempat keempat dengan pungutan 61 pingat

1.57 tengah hari: Silambam acara thanitiramai stick lelaki menyumbang emas ke-13 Selangor
1.43 tengah hari: Atlet silambam, S Kahlisswaran dan M Harini raih dua gangsa dalam acara individu kuthu varisai lelaki dan wanita

1.21 tengah hari: Selangor raih emas ke-12 menerusi acara badminton berpasukan campuran dengan menewaskan Wilayah Persekutuan 3-1
12.30 tengah hari: Juara bertahan Pahang melangkah ke separuh akhir acara hoki lelaki selepas membelasah Perlis 9-1
11.55 pagi: Atlet pencak silat ganda lelaki sumbang perak ke-26 untuk Selangor

11.35 pagi: Selangor menambah pingat perak menerusi acara pencak silat regu lelaki
11.02 pagi: Johor meraih emas acara lompat jauh wanita diikuti Kelantan (perak) dan Sarawak (gangsa)
9.53 pagi: Atlet olahraga Wilayah Persekutuan, Kristian Tung menang emas acara 10,000 meter (m) lelaki diikuti Muhammad Farooq Muhammad Zubair Kanan (Perak) dan Nikos Tai Lee Onn (Sabah)
The post SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara 100m lari berpagar wanita appeared first on Selangorkini.

