Sukma: Terengganu sasar rampas kembali kejuaraan

5 Aug 2026 • 3:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukma: Terengganu sasar rampas kembali kejuaraan

KUALA TERENGGANU – Kontinjen Terengganu menyasarkan 61 pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-22 di Selangor yang akan membuka tirai 15 Ogos ini ini dalam usaha merampas kembali gelaran juara keseluruhan temasya berkenaan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan prestasi atlet serta persiapan rapi yang dilaksanakan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sejak dua tahun lalu. 

Beliau berkata, beberapa acara sukan termasuk berbasikal dijangka menjadi penyumbang utama pingat emas buat kontinjen negeri tersebut.

“Pada Sukma ke-21 di Sarawak pada 2024, Terengganu sekadar menduduki tempat kelima keseluruhan selepas mengumpul 41 emas, 36 perak dan 47 gangsa.

“Pencapaian itu perlu dijadikan motivasi untuk atlet bangkit dan mencatat keputusan lebih baik kali ini,” katanya menerusi teks ucapan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Azmi Mohamad Daham di sini.

Ahmad Samsuri optimis sasaran 60 hingga 65 emas mampu dicapai kontinjen negeri yang akan bertanding dalam dalam 35 daripada 37 jenis sukan dipertandingkan. 

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu kerajaan negeri turut menyediakan insentif RM3,500 bagi setiap pingat emas, RM2,500 (perak) dan RM1,500 (gangsa).

“Insentif sama turut ditawarkan kepada atlet Para Sukma Selangor yang bakal berlangsung 5 hingga 10 September depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Sukma: Terengganu sasar rampas kembali kejuaraan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved