Suliza Salam Tamatkan Zaman Ibu Tunggal

21 Dec 2024 • 4:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi era 1980-an, Suliza Salam, 59, menamatkan zaman ibu tunggalnya hari ini.

Menerusi muat naik pelakon Anne Abdullah di Facebook, Anne berkongsi momen majlis pernikahan Suliza bersama pilihan hatinya.

Dalam persalinan serba putih itu, Suliza turut ditemani anak lelakinya yang juga penyanyi, Ismail Izzani memasuki dewan acara.

“Tahniah Kak Suliza Salam. Moga kekal ke Jannah. Im Happy for you kakak,” tulis Anne di Facebook.

image is not available

Antara rakan-rakan selebriti lain yang hadir adalah Datin Zeila Jalil, Lizza Abdullah, Haleeda dan Fauziah Sarman.

Untuk rekod, Suliza pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan terkenal, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin yang juga penerbit filem pada 11 Januari 1991.

Bagaimanapun, difahamkan mereka sudah bercerai dua tahun lalu.