Tahniah! Penyanyi era 80-an, Suliza Salam kembali bergelar isteri

LocalEntertainment
21 Dec 2024 • 6:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi era 1980-an Suliza Salam kembali bergelar isteri dan sekali gus menamatkan zaman ibu tunggalnya 59,l menamatkan zaman ibu tunggalnya hari ini.

Berita mengenai pernikahan Suliza yang juga ibu kepada penyanyi, Ismail Izzani dikongsikan oleh rakan selebriti, Anne Abdullah menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menurut Anne, Suliza selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Ismail A. Samad sekitar pukul 11 pagi, Sabtu.

image is not available

Suliza Salam kembali bergelar isteri

Anne atau Noraini Abdullah turut meluahkan kesyukuran apabila melihat sahabatnya yang dianggap seperti kakak telah menamatkan zaman solo.

Ujarnya, dia sudah mengetahui hubungan antara Suliza dan bakal suami sebelum ini tetapi merahsiakannya kepada umum.

“Alhamdulillah saya tumpang gembira akhirnya kakak saya bertemu dengan jodoh yang baik.
“Saya dan rakan-rakan lain sudah tahu tentang hubungan mereka sebelum ini tetapi kami tidak mahu menghebohkan kepada umum,” ujarnya.

image is not available

image is not available

Instagram will load in the frontend.

Untuk rekod, Suliza pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.

Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka.

Sumber: Instagram _anneabdullah08official