Sulong Dipindahkan Ke Taman Negara Terengganu - PERHILITAN

LocalEnvironment
2 Sep 2026 • 4:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sulong Dipindahkan Ke Taman Negara Terengganu - PERHILITAN

Gajah liar jantan yang tular, Sulong Chalil, telah dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui pintu masuk Tasik Kenyir pada Rabu.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusi satu kenyataan berkata ia merupakan kawasan habitat hutan semula jadi yang sesuai untuk gajah liar.

Pemindahan itu juga bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan mengurangkan risiko konflik dengan manusia serta kemalangan jalan raya.

"PERHILITAN menegaskan bahawa kebajikan Sulong serta keselamatan orang awam dan anggota operasi sentiasa menjadi keutamaan.

"Setiap tindakan dilaksanakan berdasarkan penilaian keadaan di lapangan bagi memastikan risiko kepada semua pihak dapat diminimumkan," katanya.

Dalam kenyataan itu, PERHILITAN juga berkata pihaknya telah memantau rapi pergerakan dan keadaan fizikal Sulong sejak 17 Ogos lalu, termasuk kecederaan yang direkodkan pada kaki kanan.

Jabatan itu turut menjelaskan mengenai tingkah laku gajah itu yang berjalan bersendirian.

"Sebagai gajah jantan dewasa, pergerakan Sulong secara bersendirian merupakan tingkah laku semula jadi dan bukannya penanda bahawa ia terpisah daripada kumpulan atau sedang mencari keluarganya.

"Selepas menilai aspek keselamatan, lokasi dan tahap kesihatan Sulong, operasi menangkap semula telah berjaya dilaksanakan pada 30 Ogos di kawasan JRTB, Gerik, Perak," katanya.

Baca juga:

Proses pemindahan Sulong telah dijalankan oleh PERHILITAN dengan sokongan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada Selasa.

Sulong juga berjaya dipujuk dengan bantuan dua ekor gajah denak iaitu Rambai dan Cheri.

"Sepanjang operasi berlangsung, Sulong sentiasa menerima pemantauan dan rawatan veterinar.

"Kecederaan pada kaki kanannya kini menunjukkan perkembangan positif dan rawatan susulan akan diteruskan mengikut penilaian Pegawai Veterinar.

"PERHILITAN merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta orang ramai atas kerjasama dan sokongan yang diberikan," kata jabatan itu lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved