Sultan Brunei dibenar keluar IJN berehat di KL - JPM Brunei

LocalPolitics
1 Jun 2025 • 1:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas menerima rawatan sejak Khamis lepas.

Menerusi hantaran di Instagram, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan baginda kini bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Pakar perubatan telah menasihatkan bagi baginda berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Brunei Darussalam,“ menurut hantaran itu.

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.

Baginda dilaporkan berehat di IJN sejak 27 Mei kerana keletihan.