Sultan Selangor titah masjid baca doa khas mohon kesembuhan Sultan Brunei

LocalPolitics
30 May 2025 • 7:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Selangor titah masjid di negeri itu membaca doa khas bagi memohon kesembuhan Sultan Brunei. Foto Facebook Selangor Royal Office

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar semua masjid di negeri Selangor membacakan doa khas selepas solat Jumaat hari ini bagi memohon kesembuhan buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Perkara itu dimaklumkan melalui hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office.

Titah doa khas ini susulan laporan bahawa Sultan Hassanal Bolkiah sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei, Sultan Brunei dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan selepas mengalami keletihan berikutan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung baru-baru ini.

Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh rakyat Selangor agar mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan berterusan buat Sultan Hassanal Bolkiah yang kini berada di bawah pemantauan pasukan perubatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved