
PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menitip ucapan ringkas sempena hari istimewanya itu.
“Selamat ulang tahun perkahwinan ke-44,” titah Seri Paduka.
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah mendirikan rumah tangga pada 22 September 1982 dalam satu istiadat gilang-gemilang di Johor Bahru, Johor.
Hasil perkahwinan itu, baginda berdua dikurniakan enam cahaya mata iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Idris Iskandar, Allahyarham Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. – KOSMO! ONLINE
The post Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah rai ulang tahun perkahwinan ke-44 appeared first on Kosmo Online.






