Agong berkenan solat Jumaat pertama di Masjid Zuhri, Pulau Aur

22 Sep 2026 • 1:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Agong berkenan solat Jumaat pertama di Masjid Zuhri, Pulau Aur

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mendirikan solat Jumaat pertama di Masjid Zuhri, Pulau Aur di Johor yang kini siap sepenuhnya.

Masjid berkenaan dibina semula selepas struktur bangunan lama mengalami kerosakan akibat faktor usia selain masalah kebocoran pada bahagian bumbung.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah masjid baharu itu mampu menampung hampir 200 jemaah.

Kedudukan Pulau Aur yang terpencil turut menyukarkan penduduk tempatan melaksanakan kerja-kerja baik pulih masjid lama berkenaan.

Sehubungan itu, TETO Engineering Sdn. Bhd. mewakafkan pembinaan semula masjid baharu bagi menyediakan tempat ibadah yang lebih selesa dan sempurna kepada penduduk Pulau Aur serta kawasan sekitarnya.

Dalam perkembangan sama, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, di Istana Pasir Pelangi, Johor hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Mohd Radzi Mohd Amin dan Pengerusi TETO Engineering Sdn Bhd, Datuk Mohd Zuhri Abdullah.

Pada sesi menghadap itu, Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan perkara berkaitan hal ehwal agama oleh Mufti Johor. – KOSMO! ONLINE

The post Agong berkenan solat Jumaat pertama di Masjid Zuhri, Pulau Aur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved