Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah rai ulang tahun perkahwinan ke-44

22 Sep 2026 • 11:06 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah rai ulang tahun perkahwinan ke-44

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44 hari ini.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka, Sultan Ibrahim menitipkan ucapan ringkas menerusi hantaran di media sosial.

“Selamat ulang tahun perkahwinan ke-44,” titah Seri Paduka.

Pasangan diraja itu mendirikan rumah tangga pada 22 September 1982 dalam satu istiadat gilang-gemilang di Johor Bahru, Johor.

Hasil perkahwinan itu, baginda berdua dikurniakan enam cahaya mata iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Idris Iskandar, Allahyarham Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. – UTUSAN

The post Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah rai ulang tahun perkahwinan ke-44 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved