Sultan Mizan selamat jalani rawatan

LocalHealth & Fitness
15 Aug 2026 • 12:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sultan Mizan selamat jalani rawatan

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang sedang berehat daripada semua tugas rasmi sejak empat bulan telah selamat menjalani rawatan yang dijadual pakar perubatan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Terengganu, Datuk Mohd. Sophian Abu Bakar berkata, baginda kini sedang beristirehat bagi pemulihan seperti disarankan pakar perubatan.

“Baginda dan keluarga menzahirkan penghargaan dan terima kepada semua masjid, surau, institusi tahfiz, alim ulama, pemimpin masyarakat, badan organisasi dan individu yang telah mendoakan dan melaksanakan solat hajat dan bacaan Yasin untuk baginda.

“Hanya Allah sahaja yang membalasnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Sophian mendoakan semoga Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan buat Sultan Mizan.

Kosmo! Online 25 Julai lalu melaporkan, Mohd. Sophian memberitahu bahawa Sultan Mizan sedang mendapatkan rawatan susulan seperti dijadual pakar perubatan perubatan baginda di luar negara.

Sebelum ini, baginda telah dinasihatkan pegawai perubatan untuk berehat daripada semua tugas rasmi.

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail kemudiannya telah dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu berkuat kuasa 15 April lalu.

Semua masjid dan surau di Terengganu telah mengadakan solat hajat khas bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda pada 24 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Sultan Mizan selamat jalani rawatan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved