Sultan Mizan selamat jalani rawatan

15 Aug 2026 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sultan Mizan selamat jalani rawatan
Sultan Mizan.

​KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dilaporkan selamat menjalani rawatan dan kini sedang beristirehat.

​Perkara itu disahkan oleh Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Pengelola Bijaya Diraja pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, keadaan Baginda kini stabil selepas menjalani rawatan berkenaan.

"Dengan kehendak dan rahmat ALLAH SWT serta berkat doa seluruh rakyat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menzahirkan ucapan penghargaan dan perasaan terharu serta menzahirkan ucapan terima kasih Baginda serta keluarga kepada semua masjid, surau, institusi tahfiz, para alim ulama, pemimpin masyarakat, badan organisasi, individu serta seluruh lapisan rakyat yang telah mendoakan dan melaksanakan solat hajat serta bacaan Yasin untuk Baginda," menurut kenyataan itu.

​Pihak Istana turut menyatakan harapan agar ALLAH SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Sultan Terengganu serta mempermudahkan segala urusan Baginda.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved