Sultan Nazrin berkenan terima menghadap KP SPRM

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 5:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sultan Nazrin berkenan terima menghadap KP SPRM

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman.

Menerusi pertemuan yang berlangsung di Istana Hinggap Perak, Bukit Persekutuan, di sini, baginda berkenan menerima sembah taklimat berhubung perkembangan terkini SPRM.

Ia termasuk perbincangan mengenai pelbagai perkara berkaitan usaha memperkasa integriti dan inisiatif pencegahan rasuah yang sedang dilaksanakan agensi berkenaan.

Abd Halim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan Sultan Perak meluangkan masa menerima menghadap serta mendengar sembah taklimat mengenai peranan dan perkembangan semasa SPRM.

Beliau turut menjunjung kasih atas sokongan serta keprihatinan berterusan baginda terhadap usaha membanteras gejala rasuah.

Usaha berterusan itu penting bagi memastikan sistem tadbir urus kekal telus, berintegriti dan berakauntabiliti tinggi. – KOSMO! ONLINE

The post Sultan Nazrin berkenan terima menghadap KP SPRM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved