Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru rakyat perkukuh perpaduan sempena Hari Malaysia

16 Sep 2026 • 9:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru rakyat perkukuh perpaduan sempena Hari Malaysia
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Pahang. Foto FB Kesultanan Pahang

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Pahang.

Baginda berdua berharap sambutan Hari Malaysia terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa kasih dan bangga terhadap negara dalam kalangan rakyat.

"Rakyat Pahang diseru agar terus menghargai keharmonian, saling menghormati dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam membina sebuah masyarakat yang bersatu padu, khususnya dalam negeri yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama serta budaya,” titah baginda berdua yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berharap rakyat sentiasa mengutamakan kepentingan negara, menjunjung prinsip Rukun Negara serta bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negeri serta negara terus terpelihara. 

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun memperingati pembentukan Malaysia, selain menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat dalam membina negara yang aman, maju dan sejahtera. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved