Keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di Pahang mendapat perhatian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar solat hajat dan solat sunat Istisqa’ dilaksanakan di seluruh negeri.
Titah Mufti Pahang serta seluruh masjid laksana kedua-dua solat
Menurut Facebook Kesultanan Pahang, baginda menitahkan Mufti Pahang serta masjid di seluruh negeri melaksanakan kedua-dua solat berkenaan sebagai ikhtiar memohon hujan serta rahmat daripada Allah SWT.
Baginda bertitah, usaha tersebut merupakan ikhtiar umat Islam untuk memohon pertolongan dan rahmat Allah SWT agar diturunkan hujan yang dapat membantu mengurangkan keadaan jerebu serta memperbaiki kualiti Udara.
Titah berkenaan hadir ketika beberapa kawasan di Pahang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Foto: The Star
Setakat jam 1 tengah hari ini, lima kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan Indera Mahkota merekodkan bacaan tertinggi iaitu 165.
Ia diikuti Balok Baru dengan bacaan 163, Temerloh (160), Jerantut (159) dan Rompin (154).
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut berharap rakyat Pahang, khususnya umat Islam, bersama-sama berdoa agar Allah SWT menurunkan hujan yang membawa rahmat.
Baginda berharap hujan tersebut dapat membersihkan udara dan mengakhiri keadaan jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan di negeri itu.
Sumber: Facebook Kesultanan Pahang_:empty]:hidden">





