Sultan Selangor Perkenan Menghadap Banduan Terima PhD Dalam Penjara – “Baginda Rasa Dia Layak Terima Peluang Kedua”

LocalPolitics
5 Feb 2026 • 11:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menerima menghadap Dr Malik Yatam, bekas banduan pertama yang berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ketika menjalani hukuman penjara, selain menerima pengampunan penuh sempena Hari Keputeraan baginda pada tahun 2024.

Menurut Selangor Royal Office, pada pertemuan tersebut, baginda berkenan bertanyakan khabar serta perancangan masa hadapan Malik selepas dibebaskan.

Advertisement
View this post on Instagram

“Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Malik dan baginda merasakan beliau layak diberi peluang kedua.”

Difahamkan, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu berlangsung dalam suasana hening, sedih dan pilu.

“Ini adalah pertemuan pertama seumpamanya antara Tuanku Sultan Sharafuddin dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan daripada baginda,” kata kenyataan itu.

Selangor Royal Office turut memaklumkan bahawa pengampunan tersebut dipertimbangkan selepas semua faktor dikemukakan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.

Selepas 24 tahun menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (TLS)  hukuman tanpa tarikh pembebasan dan tidak melibatkan hukuman mati kerana kesalahan dilakukan ketika berusia bawah 18 tahun  Malik akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024.

image is not available

Ketika berusia 14 tahun, Malik berhijrah dari Sabah ke Semenanjung untuk membantu keluarga selepas berhenti sekolah akibat kesempitan hidup. Namun, hidupnya berubah apabila dia menjadi mangsa eksploitasi dan penderaan majikan, yang akhirnya membawa kepada tragedi dan pemenjaraannya pada usia muda.

Tanpa guru dan kelas formal, Malik memulakan pembelajaran dengan meminjam buku rakan, menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2006 sebagai calon persendirian ketika berusia 21 tahun, diikuti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) setahun kemudian.

Beliau seterusnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda sehingga dianugerahkan PhD dalam Pentadbiran Perniagaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-04 14:27:53

Jual Lutut Ayam, Popia 3 Biji Harga RM18, Pempengaruh Dikecam Letak Harga Tak Masuk Akal - "Jual Di Gerai Pun Kena SST Ke?"

The post Sultan Selangor Perkenan Menghadap Banduan Terima PhD Dalam Penjara – “Baginda Rasa Dia Layak Terima Peluang Kedua” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.