Sultan Selangor Titah Hukuman Berat Buat Pemandu Dan Syarikat Jika Didapati Bersalah Jadi Punca 9 Anggota FRU Maut

LocalPolitics
15 May 2025 • 11:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fru

Tragedi menyayat hati melibatkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan di Teluk Intan nyata mengundang dukacita Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.

Menurut laporan Harian Metro, baginda berdua menzahirkan ucapan takziah dan berharap ahli keluarga mangsa tabah menghadapi kehilangan insan tersayang dan perkara ini dikongsikan menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook Selangor Royal Office

“Kerajaan wajar ambil langkah serius!” – Sultan Selangor

image is not available

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa kesal kerana tragedi seperti ini berulang kali berlaku, terutamanya membabitkan kenderaan berat.

Jika terbukti bersalah, pemandu dan syarikat terlibat perlu dikenakan hukuman tegas termasuk tarik balik lesen memandu.

Baginda menggesa supaya tindakan lebih berani diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pemandu agar lebih bertanggungjawab di jalan raya.

Syarikat pengangkutan tak boleh lagi ‘lepas tangan’

image is not available

Sultan Selangor turut mengingatkan syarikat lori, bas dan kenderaan berat agar lebih berdisiplin dalam pemilihan pemandu dan penjagaan kenderaan.

Jangan tutup sebelah mata terhadap kondisi kenderaan dan kelayakan pemandu. Ini soal nyawa!

Pssttt! Jangan tunggu tragedi sebelum bertindak. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Nyawa manusia tak patut jadi taruhan kecuaian!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.