
Menerusi hantaran di Facebook, Sumud Nusantara Official memaklumkan konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) kini perlu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana aktiviti dron di ruang udara semakin meningkat.
Konvoi GSF yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza itu kini berdepan dengan cabaran yang semakin getir dan para peserta juga kini bersiap sedia dan berjaga-jaga untuk apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku.
Kemas kini rasmi 1 Oktober, 9.30 pagi waktu Malaysia. Kapal flotila telah memasuki zon berisiko tinggi iaitu kawasan di mana flotila terdahulu pernah diserang atau dipintas.

Laporan awal turut mengesahkan wujudnya kemungkinan senario yang berbeza bakal berlaku dalam tempoh beberapa jam akan datang.
Segala perkembangan lanjut dan terkini akan dikongsikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi FSF.
Mereka berlayar dengan keberanian, kita iringi dengan doa dan solidariti. No More Silence. No More Siege.
Dalam pada itu, mereka menyeru agar seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu dalam Solat Hajat dan Doa Qunut Nazilah untuk mengiringi pelayaran para peserta.
Kapal Isr*el Menghampiri & Bersiap Sedia Untuk Pintas Kapal GSF - "Mereka Akan Pindahkan Aktivis Ke Kapal Perang Besar"
The post Sumud Flotilla: Aktiviti Dron Meningkat Di Ruang Udara, Para Peserta GSF Dalam Keadaan Sentiasa Berjaga-Jaga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

