Sungai Chepir lepasi paras bahaya

LocalEnvironment
13 Oct 2024 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota APM memindahkan mangsa terjejas banjir di Sik ke tempat selamat. Foto: APM

image is not available
Operasi memindahkan mangsa banjir di Sik dibantu anggota APM. Foto APM

SIK - Penduduk di daerah Sik terutama berdekatan sungai diminta berwaspada berikutan paras Sungai Chepir kini yang telah melepasi paras bahaya.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik, Leftenan Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, hujan lebat sejak pukul 6 petang Sabtu berlarutan sehingga pukul 6 pagi menyebabkan paras air meningkat.

Menurutnya, paras amaran adalah pada ketinggian 4 meter bagaimanapun meningkat sehingga melepasi ketinggian 5 meter telah melimpah dan memasuki rumah penduduk yang berada berhampiran tebing sungai.

"Terdapat kira-kira 50 hingga 70 buah rumah yang terletak berhampiran sungai dan saya berharap agar mereka sentiasa berwaspada...berpindah segera jika diarahkan," katanya.

Menurutnya, APM menerima laporan banjir pada jam 7.56 malam membabitkan hampir 10 kampung di Mukim Sik dan Mukim Sok.

**media[2844991]**

"Dua pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan pada jam12.48 malam tadi iaitu di Balai Islam Kampung Tanjung Belit dan surau Kampung Belimbing masing-masing menempatkan seramai 30 keluarga dan 20 keluarga.

"Kita turut membantu memindahkan empat keluarga di Kampung Jerai, dua di Kampung Seberang Pekan Sik dan dua di Kampung Charuk Padang, yang terperangkap selepas rumah mereka dinaiki air," katanya.

Tambahnya, keseluruhan mangsa terperangkap banjir yang diselamatkan malam tadi seramai 37 mangsa.

"Wanita mengandung dan empat warga emas antara mangsa yang dipindahkan," katanya.

Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa terjejas di Sik masih dalam bancian.

@sinarharianonline

Sungai Chepir lepasi paras bahaya #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Edisi #Kedah #Sik #SungaiChepir #Banjir #BencanaAlam #APM

Hard News - DM Production