Sungai Muar melimpah, 17 penduduk dipindahkan ke PPS

2 Nov 2022 • 2:40 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

JOHOR BAHRU: Limpahan air Sungai Muar yang berlaku sejak Selasa telah menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di daerah Segamat dinaiki air sehingga paras lutut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata susulan itu seramai 17 penduduk dari lima keluarga yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada 8 pagi tadi.

Setakat 12 tengah hari ini, jumlah penduduk terjejas banjir masih tidak berubah, kata Hasrin.

image is not available
Kredit foto FB Balai Polis Segamat

Beliau berkata mereka yang terjejas melibatkan penduduk Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

“Tidak hujan sejak dua atau tiga hari lepas, bagaimanapun paras air sungai di Negeri Sembilan meningkat dan telah menyebabkan Sungai Muar turut melimpah sehingga menyebabkan beberapa rumah penduduk berdekatan dinaiki air,” jelasnya.

Beliau berkata kesemua mangsa ditempatkan di Balairaya Kampung Batu Badak.

image is not available
Kredit foto FB Balai Polis Segamat

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

image is not available